30
Oct

Our SPM Tips Sent Last Year

GOOD LUCK STUDENTS!!

 

Hello students, We hope you score tremendously! Do use our books as a guide to face the coming SPM exam! We have included all the latest tips for you to score in the coming SPM examination. GOOD LUCK!

Versi Bahasa Malaysia:

Hello pelajar-pelajar, kami di Pasti Skor berharap anda akan skor dengan cemerlang tahun ini! Gunakan buku tips kami sebagai panduan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan datang! Kami telah sertakan semua tips yang terkini untuk anda. SEMOGA BERJAYA!

Share


Click below to order our tips:
order-spm-exam-tips-2013
12
Sep

Brosur BM Pasti Skor

bmspm

Share


Click below to order our tips:
order-spm-exam-tips-2013
23
Jul

Whats on Pasti Skor SPM?

orderpastiskorspm joinpastiskorseminarspm downloadspmnotes
downloadpastyearsoalanpercubaan spmfacebooktimelinecover studytipsexperts

Trustable tips

Best Last Minute Preparation

Best Choice
Share


Click below to order our tips:
order-spm-exam-tips-2013
08
Jun

Pasti Skor Teacher at Successful SPM Seminar in Putrajaya

cikguvinod

Pasti Skor teacher – Cikgu Vinod in Physic SPM Seminar at Putrajaya. Watch the video below that covers a few interesting topics in Physic.

Versi Bahasa Malaysia:

Tonton video Guru Pasti Skor(Cikgu Vinod) mengajar dalam seminar SPM Fizik di Putrajaya. Video di bawah meliputi topik-topik Fizik Form 5 yang menarik.

Share


Click below to order our tips:
order-spm-exam-tips-2013
20
Jun

PastiSkor SPM Ramalan

Soalan Ramalan SPM 2016

Soalan Ramalan semakin popular di kalangan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti UPSR dan SPM. Ramai guru di sekolah dan di pusat tuisyen membantu pelajar dengan meramalkan soalan-soalan peperiksaan yang mungkin ditanya.Penggunaan soalan ramalan mendapat reaksi bercampur aduk daripada kalangan pelajar, ibu bapa dan guru. Ramai bimbang soalan ramalan akan menjadikan pelajar leka dan tidak mengulangkaji pelajaran. Keadaan bertambah kritikal apabia pelajar hanya mengharapkan soalan ramalan sebelum menghadapi peperiksaan. Untuk memahami baik buruknya soalan ramalan, perkara yang harus dikaji terlebih dahulu ialah cara soalan ramalan disediakan oleh kebanyakkan organisasi yang menjual buku ramalan.

Mengikut jurucakap syarikat PASTISKOR, secara kebiasaannya,soalan ramalan disediakan melalui 3 teknik yang penting iaitu, pertama, menganalisis soalan peperiksaan tahun-tahun yang lepas, kedua, perbandingan soalan percubaan dan terakhir sekali ialah mendapat bantuan guru-guru pakar subjek.

Soalan peperiksaan tahun-tahun lepas akan dikaji dengan meniliti analisis topik-topik SPM yang pernah ditanya. Kekerapan ini membenarkan guru penganalisis mengenal pasti topik atau sub-topik yang penting. Tetapi, untuk mendapatkan ramalan yang lebih tepat, kebanyakkan syarikat penjualan buku ramalan akan menganalisis setiap soalan yang pernah keluar baik objektif mahupun subjektif. Sebagai contoh, dalam subjek Fizik, seorang guru penganalisis boleh meramalkan soalan ‘Pascal’s Principle’ untuk tahun 2016 kerana dua ‘Principle’ dari topik yang sama sudah ditanya pada tahun-tahun yang sebelumnya. Syarikat penjualan buku ramalan pula akan menganalisis jenis soalan ‘Pascal’s Principle’ yang sudah ditanya seperti meramalkan soalan ‘Car Brek System’ kerana dalam ‘Pascal’s Principle’, soalan ‘Hydraulic’ dan ‘Car Jack’ sudahpun ditanya pada tahun-tahun sebelumnya.

Soalan Percubaan SPM mengikut pendapat ramai disediakan guru pakar yang juga mungkin merupakan guru penggubal atau bekas penggubal soalan SPM. Guru penganalisis akan mengkaji setiap soalan percubaan terbaru pada setiap negeri untuk mendapatkan jenis soalan yang berulang.Perbandingan ini dilakukan kerana soalan percubaan kerap diulang dalam peperiksaan sebenar SPM. Syarikat penjualan buku ramalan juga mengkaji soalan percubaan tetapi dengan lebih mendalam seperti mengkaji soalan percubaan tahun- tahun yang lepas untuk mencari kemungkinan soalan berulang dalam peperiksaan SPM.

Pendapat guru-guru pakar yang berpengalaman luas dalam bidang subjek masing-masing menjadi element yang paling penting dalam setiap soalan ramalan. Guru-guru pakar menyumbang soalan ramalan hasil pengalaman dan pemerhatian perpuluh tahun. Guru-guru ini juga membantu dalam memeriksa soalan ramalan yang disediakan penganalisis serta menyediakan skema jawapan yang tepat.

Kombinasi ketiga-tiga kaedah ini biasanya digunakan dalam pembuatan soalan ramalan. Dengan pengetahuan ini, setiap pelajar SPM harus sedar soalan ramalan hanya merupakan set soalan yang dikaji teliti, namun, pada pendapat saya, buku ramalan tidak harus diihat dari sudut negatif. Buku ramalan harus dijadikan sebagai pelengkap usaha mengulangkaji pelajaran menghadapi peperiksaan. Pelajar spm harus terus mengulangkaji pelajaran dan membiarkan kerja susah meramalkan soalan kepada syarikat-syarikat pembuat soalan ramalan. Pelajar SPM wajib mendapatkan bantuan sebanyak mungkin kerana peperiksaan penting tidak harus ditinggalkan kepada peluang.

Kesilapan ramai pelajar ialah menganggap soalan ramalan sebagai soalan bocor dan mempercayakannya sepenuh hati. Keadaan ini bertambah buruk apabila sesetengah syarikat dan penganjur seminar dengan lantang memberitahu soalan mereka 100% tepat keluar untuk SPM. Pelajar SPM harus bijak meniliti latar belakang syarikat atau guru penganalisis yang menawarkan soalan ramalan. Aspek seperti ‘soalan tepat kena’ tahun-tahun sebelumnya, kekuatan syarikat dan harga harus di analisis sebelum membeli soalan ramalan. Jangan terpedaya dengan janji individu atau organisasi yang memberitahu soalan mereka merupakan soalan bocor atau gaya terkini beberapa individu yang tidak bertanggungjawab ialah memberi seminar di sekolah dan menyatakan soalan mereka adalah antara set- set kertas peperiksaan sebenar yang disediakan lembaga peperiksaan malaysia.

Secara keseluruhhanya, soalan ramalan boleh membantu pelajar membuat persediaan terakhir sebelum menghadapi peperiksaan. Soalan ramalan boleh menambah keyakinan pelajar yang rajin mengulangkaji pelajaran.Perkara ini penting kerana peperiksaan SPM menentukan arah tujuan pelajar dalam hidup. Sedikit bantuan boleh mengurangkan rasa gentar semasa belajar. Yang paling penting ialah pelajar harus bersedia untuk sebarang kemungkinan supaya tidak panik masa menjawab soalan.

Sekian, terima kasih.

Share


Click below to order our tips:
order-spm-exam-tips-2013