16
Jul

Kepentingan Soalan Ramalan

Pada era 2020 ini , kebanyakannya bermula hanya dihujung jari sahaja. Apa sahaja hanya klik ….nah semua ada dan senang sungguh untuk mengakses segalanya. Segala informasi yang diperlukan sekelip mata sahaja di depan monitor laptop atau tablet atau telefon bimbit. Janji semuanya memadai . Sehubungan dengan itu jugalah pelbagai link atau saluran informati terkini secara teknologi berkembang pesat. Lebih- lebih lagi di media sosial terutamanya di media laman facebook dan internet . Begitulah juga yang terjadi kepada gelombang perubahan
pendidikan di Malaysia khasnya. Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM khususnya senang didapati di laman sosial. Pelbagai link dan segala bentuk informasi mengenainya amat mudah diakses oleh para pelajar dan para guru untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan.

Pada edisi kali ini, kita akan membicarakan serba sedikit informasi atau panduan menghadapi peperiksaan besar tersebut. Ini termasuklah segala teknik menjawab soalan, panduan dan soalan ramalan percubaan yang boleh kita kupas untuk episod ini. Kepada ibu bapa yang begitu taksub kepada keputusan anak anak, sudah pasti akan mencari alternatif terbaik seperti menyediakan tuisyen atau kelas tambahan untuk anak mereka. Akan tetapi mereka mudah lupa akan segalanya bermula dari dalam minda dan hati anak mereka sendiri. Perubahan ini hanya akan berlaku dari dalam diri anak mereka barulah semua usaha ibu bapa berbaloi. Antara kebaikan tuisyen ini adalah dapat ilmu tambahan selain daripada pembelajaran di sekolah. Para pelajar yang didedahkan semua ini adalah satu bonus dan tidak perlu dipersiakan begitu sahaja. Pakej yang tidak diperolehi oleh pelajar yang tidak mengikuti kelas tuisyen…. Tapi lagi sekali para pelajar berperanan mengubah segalanya….ingat itu.

Baiklah. Perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah Kepentingan Soalan Ramalan yang diramalkan akan keluar di dalam peperiksaan nanti. Dapatkah para guru meramal 100% betul atau sebaliknya. Di sinilah para pelajar perlu bijak dan berfikiran kritis di dalam mencari segala khazanah semua soalan yang berkaitan yang diramalkan tepat akan keluar untuk dijawab para pelajar nanti. Sehubungan dengan itu, menganalisis penting bagi sesuatu soalan kerana tidak mungkin para pelajar dapat memahami semua subjek teras dengan baik. Kritis dan inovatif perlu kepada para pelajar memungkinkan sesuatu soalan itu dapat diramalkan betul akan keluar. Salah satu teknik analisis terbaik ialah menyingkap soalan ramalan PERCUBAAN TERLEBIH DAHULU bagi peperiksaan besar ini daripada sumber Internet . Ini adalah sumber paling mudah dan amat bermanafaat kerana memberikan para pelajar pelbagai pilihan soalan yang bakal diramalkan. Macam biasa………hanya klik! Kepentingan ini amat berguna kerana dapat para pelajar dapat membiasakan diri dengan soalan -soalan ramalan percubaan berbanding menghadapi peperiksaan sebenar nanti.Segala percubaan apa apa pun di dalam kehidupan amat perlu supaya lebih bersedia dan menyediakan diri dengan segala ilmu di dada. Dan untuk lebih spesifik, kita mengambil contoh ramalan percubaan SPM pada tahun – tahun lepas. Sebagai contoh untuk tahun 2016 dan 2017 kerana keduanya berkaitrapat dan soalan tidak mungkin akan tersasar jauh.
Lazimnya, para pelajar akan mengetahui serba sedikit keperlbagaian soalan ramalan percubaan. Peperiksaan SPM telah berlaku kitran yang drastik dan kadang kala mengelirukan para pelajar apatah lagi ibubapa. Walaupun berlaku perubahan yang sejajar peningkatan teknologi, matlamat utama adalah menghasilkan para pelapis pelajar terbilang cemerlang. Bunyi bagus sahaja kan! Tetapi hakikatnya……biar lah para pelajar sendiri yang merasainya. Bersama- sama ini, beberapa laman blog yang boleh memberikan sedikit informasi bagaiman soalan ramalan percubaan ini dan antaranya :

Sebagai menambahkan perasa edisi kali ini , bersama – sama ini juga dinyatakan serba sedikit panduan menghadapi peperiksaan . Walaupun UPSR adalah untuk Tahun Enam dan PT3 serta SPM untuk para pelajar menengah, intipatinya tetap sama. Panduan ini boleh diamalkan oleh semua golongan para pelajar sebenarnya. Berikut adalah sebahagian panduan tambahan yang boleh dikuti serta mengamalnya :

TIP 1#
Pernahkah merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung berdegup dengan sungguh pantas. Tangan mula sejuk. Tidak boleh duduk diam. Merasakan semakin sukar untuk fokuskan fikiran kepada apa yang telah pelajari. Apakah yang harus lakukan? Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini. Sedar tak, semasa resah dan berdebar, akan bernafas dengan laju sekali? Bernafas kadangkala seperti orang yang baru berlari pecut 100 meter. ? Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paru sukar untuk menyerap oksigen yang sedut kerana anda sedut udara dan lepaskannya semula dalam masa yang sangat singkat. Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama 7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masa yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dan kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7 saat juga. Buat aktiviti ini 5 ke 10 kali. Sebaik-baiknya amalkan cara pernafasan begini semasa mengulangkaji pelajaran. Nanti kesannya lebih baik jika anda lakukan semasa peperiksaan.

TIP 2#
Sebelum memasuki dewan peperiksaan, pasti pernah lihat kawan-kawan sibuk membuka buku dan cuba menghafal fakta-fakta pelajaran kan? Perkara ini membahayakan. Ini kerana, sebelum memasuki dewan peperiksaan, lebih mudah panik. Ini mula mengganggu konsentrasi ingatan terhadap fakta-fakta lain. Akhirnya, fakta yang tidak sempat hafal tadi mungkin tidak keluar langsung dalam soalan, tetapi disebabkannya, lupa fakta lain yang telah hafal sebelum ini. Ini semua disebabkan rasa panik dan gementar sebelum memasuki dewan peperiksaan tadi. Jadi, berbaloikah membuka dan menghafal nota disaat-saat akhir di luar dewan peperiksaan tadi?

TIP 3#
Apabila kita sedang menjawab soalan di dalam dewan peperiksaan, satu kebolehan yang amat perlukan ialah kebolehan untuk menumpukan perhatian. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian, kita akan merasa sukar untuk mengingati apa yang telah kita pelajari. Jika kita tidak boleh menumpukan perhatian kepada menjawab soalan, kita juga akan mudah merasa letih dan hilang kebolehan untuk berfikir dengan tajam. Satu cara untuk melatih kebolehan menumpukan perhatian ialah semasa melakukan ulangkaji pelajaran. Semasa mengulangkaji, ketepikan semua jenis gangguan seperti televisyen, radio, handphone dan cuba cari tempat yang agak tenang seperti keadaan di dalam dewan peperiksaan. Katakan sedang mengulangkaji matematik, cari soalan-soalan matematik yang anda boleh lakukan dalam masa 30 minit. Dapatkan
contoh kertas peperiksaan jika boleh. Kemudian, duduk dengan selesa. (Duduk dengan selesa bukan bermakna anda boleh berlunjur atau meletakkan kaki di atas meja ) Duduk seperti anda seorang pelajar cemerlang yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Tetapkan dalam hati (dengan bersungguh-sungguh) bahawa akan menumpukan perhatian selama 30 minit untuk melakukan latihan matematik. Kita mulakan latihan penumpuan perhatian ini dengan 30 minit dulu. Jika anda rasa 30 minit terlalu lama, kurangkan sedikit. Kemudian, mula menjawab soalan-soalan itu. Gunakan segala usaha minda untuk menepis sebarang jenis gangguan yang mungkin mengganggu konsentrasi. Fokus 100 peratus perhatiananda kepada? soalan yang sedang lakukan. Cuba latihan sebegini beberapa kali. Setelah berjaya, tambahkan masa daripada 30 minit
kepada 40, 50, 60 dan seterusnya kepada masa sebenar yang diberi untuk menjawab kertas soalan matematik .Dengan berlatih begini, akan meningkatkan kebolehan anda untuk menumpukan perhatian dan bertahan dalam keadaan sebegitu dengan lebih lama.

TIP 4#
Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM akan menjelma tidak lama lagi. Kebanyakan pelajar yang akan mengambil peperiksaan ini sudah habis belajar sukatan pelajaran masing-masing dan sepatutnya mereka semua sudah mula membuat latih tubi untuk menghadapi peperiksaan yang besar ini. Selain daripada melakukan sebanyak latihan yang mungkin, apakah perkara penting yang perlu dilakukan ketika ini?
Ada yang suka menyanyi-nyanyi dan bersiul sewaktu membuat latihan. Mereka kata mereka selesa begitu. Tetapi, tidak boleh bersiul dalam dewan peperiksaan. Jadi, mereka rasa tidak selesa dan akibatnya, tidak dapat menjawab dengan baik. Apa yang perlu dilakukan ialah, perhatikan cara belajar di rumah atau ketika bersendirian. Kenal pasti mana-mana perkara yang anda lakukan yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan. Walaupun selesa belajar begitu (seperti belajar sambil meniarap), akan rasa tidak selesa semasa dalam dewan peperiksaan nanti. Kemudian, perlahan-lahan hentikan perbuatan itu. Perlu diingat, jika terlalu suka buat sesuatu yang tidak boleh dilakukan di dalam dewan peperiksaan, akan rasa tertekan semasa mengambil peperiksaan nanti. Kesannya? Seperti biasa, mula-mula akan rasa tidak selesa dan janggal. Namun, setelah dilatih, akan mula rasa selesa malah akan rasa lebih mudah untuk fokus kepada latihan.

TIP 5#
Ada dua perkara penting yang anda perlu ada untuk mendapat markah yang cemerlang di dalam peperiksaan. Dua perkara itu ialah Kepantasan Kepantasan Kepantasan Kepantasan dan Ketepatan Ketepatan Ketepatan Ketepatan. Kepantasan adalah amat penting terutamanya di dalam peperiksaan matematik. Satu teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan kepantasan dinamakan Pengulangan (repetition).
Contohnya, sedang mengulangkaji matapelajaran matematik di bawah tajuk linear equation. Setelah anda faham tajuk itu dan mula membuat latihan, catat masa membuat latihan matematik. Katakanlah, disebabkan soalan itu susah, mengambil masa 7 minit untuk menyelesaikannya. Kemudian, ambil kertas kosong lain, selesaikan semula soalan itu. Jika tidak boleh selesaikan, maksudnya masih tidak faham jalan penyelesaian tadi. Jika boleh, lihat masa yang diambil. Mengambil masa mungkin kurang sedikit iaitu mungkin 6 ke 7 minit.Ulang buat soalan itu sehingga betul-betul lancar dan masa yang diambil mesti jadi semakin pendek sekurang-kurangnya separuh daripada masa mula
tadi (3.5 minit). Berlatih berulang kali dengan soalan yang sama boleh meningkatkan tahap keyakinan dan keselesaan anda. Akan merasa selesa untuk menjawab soalan begitu. Jadi, akan dapat jawab dengan baik. Jawab soalan yang sama berulang kali juga akan membuatkan
sedar bahawa kebanyakan cara menjawab oalan peperiksaan adalah sama sahaja. Jika sudah faham dan mahir menyelesaikan masalah menggunakan satu cara, cara itu juga boleh digunakan untuk soalan lain dalam tajuk yang sama. Tidak lengkap sesuatu lagu jika tidak bersama melodi….begitulah juga semesti ada teknik menjawab soalan ramalan ini. Malahan boleh digunakan semasa menghadapi peperiksaan sebenar. Apabila sudah mengetahui segala panduan kepentingan soalan ramalan , marilah kita memberikan fokus teknik menjawab soalan pulak

Tumpuan pertama ialah :
Soalan Objektif Objektif Objektif Objektif
• Bahagikan masa untuk setiap soalan. Contohnya Bahasa Melayu Kerta 1
(bilangan soalan ialah 60, masa diperuktukan 1 jam 30 minit). Oleh itu masa
menjawab 1 soalan ialah 1 minit 30 saat.
• Baca soalan dengan teliti. Kesankan perkataan BENAR, TIDAK BENAR,
MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya.
• Lihat semua pilihan jawapan. Tandakan (x) untuk jawapan yang anda pasti salah.
Jawapan yang tinggal adalah jawapannya.
• Pastikan jawapan ditanda pada petak yang betul.
• Jawab soalan yang mudah dahulu. Tandakan soalan yang belum dijawab.
Setelah siap, kembali semula kepada soalan susah yang ditinggalkan. Jika
masih tidak boleh, tandakan jawapan yang rasa yakin.
• Jika ingin mengubah jawapan, padamkan dengan bersih dan tandakan jawapan
baru dengan elok. Jangan menanda dua jawapan pada satu soalan.

Soalan Esei
• Pilih soalan yang paling banyak isi
• Kenalpasti bentuk soalan seperti :

BENTUK SOALAN PENERANGAN
Huraikan penerangan terperinci dan jelas
Bincangkan kemukakan kebaikan dan keburukan serta kesan-kesan
Ertikan maksud yang jelas tentang sesuatu istilah
Namakan tulis nama-nama tertentu atau label
Bandingkan faktor yang sama dan tidak sama
Bezakan faktor yang tidak sama
Jelaskan terangkan supaya mudah difahami
Definisikan takrif tentang istilah/frasa dan bagaimana keistimewaan dapat diaplikasikan
Kritik penilaian dan pendapat tentang kebaikan sesuatu fakta atau teori dan bincangkan dengan bukti-bukti sendiri
Analisiskan idea utama, pertalian dan anggapan serta kepentingan
Ilustrasi rajah atau carta untuk menerangkan sesuatu

• Mulai menjawab dengan tenang
• Jawab semua soalan yang ditetapkan.
• Panjang jawapan adalah berdasarkan isi dan masa yang ditetapkan. Jawapan
tidak dinilaikan berdasarkan panjang atau pendek esei tersebut tetapi isi dan
hujah yang bernas.
• Jawab soalan mengikut masa yang ditetapkan. Setiap soalan mestilah seimbang.
• Selalu merujuk kepada soalan ketika menjawab supaya jawapan anda tidak
menyimpang dari tajuk.
• Setelah selesai menjawab, luangkan sedikit masa untuk menyemak. Pastikan
nombor soalan yang ditulis adalah betul. Semak ejaan, ayat dan maklumat lain
yang tidak jelas.
• Tulisan mestilah jelas, kemas dan mudah dibaca.
• Tulisan yang jelas membantu menaikkan impression markah.

Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan yang dibuat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan membebankan. Berusaha dan Bertawakallah anda pasti berjaya.