16
Jul

CARA NAK PANDAI MATEMATIK

Bercakap mengenai pandai matematik…..semua muka nampak cuak . Mana tidaknya. Ini melibatkan jutaan pengiraaan dengan pelbagai nombor. Anak- anak pastinya merasakan dunia ini seakan mati sekejap berhenti berputar. Inilah dikatakan intan berlian payung jangan tak payung bila ada di kalangan anak – anak kita yang cerdik celik matematik. Bukan senang hendak senang. Begitulah juga, apabila hendak menjadi bijak matematik perlu mengambil beberapa langkah untuk diamalkan berterusan. INGAT! Para pelajar seharusnya mengambil peluang ini untuk memantapkan diri dengan ilmu matematik. Tidak teruja kah kita apabila popular secara tetiba …..pelajar cemerlang terbaik MATEMATIK di sekolah?

Baiklah. Berikut adalah sebahagian cara-cara bagaimana untuk membekalkan diri cerdik matematik. Antaranya :

Minat
Satu perkara utama ialah kena ada minat. Semangat yang berkobar tanpa minat tidak mendatangkan hasil. Oleh itu, perlu menanam minat terhadap subjek matematik. Jadikan rakan terbaik para pelajar sekalian di dalam permainan seharian kita. Bunyi pelik bukan??? Tapi tiulah hakikatnya. Perlu ada minat barulah usaha akan berterusan.

Memperbanyakan latihan
Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang perlu latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya. Para pelajar akan berjaya menguasai matematik kerana latihan yang berterusan. Semakin banyak latihan , semakin menjadi cekap dan selesa dengan nombor. Sehinggakan semuanya dihujung jari sahaja.

Berdisplin
Matematik adalah mata pelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun para pelajar memahami topik tertentu, tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali membuat latihan menjawab soalan
matematik, catat masa yang diambil. Selalunya ada masa lebih kurang daripada seminit untuk menjawab satu soalan. Sehubungan dengan itu, pupuk displin dalam diri untuk belajar menjawab soalan dengan pantas. Ini secara tidak langsung , akan meransang otak supaya lebih aktif dan pantas berfikir menjawab soalan.

Hafal Sifir.
Perlu HAFAL SIFIR! Kebanyakan ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepadamesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Azam kuat menguasai Matematik
Matematik ialah subjek yang seronok apabila minat dan mula menguasai. Dengan sendirinya para pelajar secara automatik akan segera membuat latihan tanpa berhenti. Apabila sudah menguasai pengiraan matematik, setiap soalan pasti dijawab dengan jayanya. Oleh itu juga, para pelajar disarankan perlu ada azam menguasai matematik tanpa jemu berusaha. Semua ini perlu mendapat kerjasama erat antara ibubapa dengan para pelajar. Walaupun mereka berusaha bersungguh-sungguh tetapi tiada sokongan, pasti tidak ada berjaya. Oleh itu, terdapat
beberapa tips bagi ibubapa mengajar mereka di rumah. Antaranya:

1. Ajar anak teknik-teknik mudah.
2. Mendekati anak – anak dengan melihat sendiri hasil kerja matematik.
3. Memberikan latihan tubi setiap hari bagi membiasakan diri mereka
4. Berikanlah pujian, TAHNIAH, SYABAS, BAGUS dan sebagainya untuk latihan yang
berjaya disiapkan walaupun sikit.
5. Membantu memperbaiki pengiraan anak yang salah.

Sebenarnya, terdapat juga beberapa langkah -langkah yang boleh diamalkan. Terutamanya, dari sejak kecil lagi kita boleh memupuk anak – anak cerdik celik matematik ini. Sekarang, pelbagai CD Mari Belajar Matematik di pasaran. Soalnya, sanggupkah ibubapa berhabis wang ringgit demi kejayaan anak-anak? Apa pun, berikut adalah panduan sampingan yang boleh diikuti dan antaranya :

Mengubah lagu sendiri
Contohnya “Satu, satu saya sayang Allah, dua, dua saya sayang Rasul” dan seterusnya. Contoh lain “One little, two, little three, little four, little five, little six, dan seterusnya.

Kaitkan dengan nombor.
Apabila melakukan sesuatu kaitkan dengan nombor. Contohnya menaiki tangga, kiralah tangga bersama-sama anak. Apa juga perkara lain yang kita lakukan, kaitlah dengan nombor. Apabila otak diransang sejak dari awal, memori dan ingatan akan menjadi semakin kuat . Anak – anak dipupuk biar dari rebung.

Cinta buku.
Belikan buku seawal umurnya masih bayi. Memanglah bayi tidak boleh membaca tetapi anda boleh membacakan untuknya. Pemilihan buku juga sangat penting. Pilihlah yang mempunyai tulisan yang besar dengan font yang menarik dan sesuai untuk dibaca. Warna juga adalah penting. Biarkan anak memegang buku dan belajar bahawa membaca itu tabiat yang baik.o Mengajar berulangkali Ketika ini, ibubapa perlu mengajar anak -anak berulang – ulang kali. Secara pengulangan ini akan sedikit sebanyak memberikan impak besar dalam pemikiran anak – anak.
Berikan mereka satu pengajaran yang berterusan. Pasti hasilnya anak – anak yang masih kecil ini berupaya mempunyai memori yang kuat mengenai nombor-nombor ini.

Matematik seperti mana kita ketahui, latihan sahaja yang membezakannya dengan subjek yang lain. WAJIB LATIHAN MATEMATIK 1 JAM 30 MINIT SETIAP HARI..Selalu mesti akan ada suara – suara negatif akan bercakap…. eh tak sempatlah nak buat latihan..banyak kerja sekolah.. nak study subjek lain lagi…Ketepikan semua suara negatif tersebut. Apa yang wajib kita buat, jadualkan waktu bila latihan matematik wajib di buat. Antaranya meletakkan masa belajar matematik adalah dari pukul 12 malam– 1.30 pagi. Matematik adalah subjek mengira. Jika kita hanya membaca formula dan gerak kerja hitungan, kita tidak mampu pergi dengan lebih lanjut. Oleh tiu, mesti wajib buat LATIHAN MATEMATIK
SETIAP HARI.. dont ever to miss dari buat latihan… MATEMATIK ADALAH SUBJEK YG MESTI DIBUAT LATIHAN SETIAP HARI untuk mengelakkan lupa disamping melatih otak untuk aktif bekerja dalam proses gerak kerja operasi mengira.

TIPS AKHIR : TANAMKAN DALAM DIRI DAN MINDA PARA PELAJAR BAHAWASANYA

BELAJAR MATEMATIK AMAT MUDAH

Yakinkan diri bahawa belajar matematik amat mudah. Bila minda dan pemikiran cakap mudah,apabila cikgu mengajar subjek matematik, diri akan rasa gembira dan enjoy nak belajar.. bila enjoy belajar matematik, baru mudah nak kuasai silibus yg diajar guru. Apabila mudah
kuasai,baru rasa seronok belajar. Walaupun rasa susahnya jalan kira yang diajar, rasa susah tapi SET KAN DALAM MINDA… “senang je ni sebab aku BOLEH MATEMATIK”