Archive for the ‘Exam Talk’ Category

28
Jun

RAHSIA PELAJAR CEMERLANG SPM

Pelajar Cemerlang SPM menjadi idaman setiap calon pelajar di seluruh negara. Tak kira lah bagaimana struktur pembelajaran diajar di sekolah, semuanya mahukan kejayaan cemerlang. Begitulah juga para pelajar di Malaysia, malah yang lebih teruja adalah ibubapa mereka sendiri. Calon sendiri nampak kool sahaja dan selamba mengambil peperiksaan….tetapi itulah fenomena sekarang. Apakah yang bermain dalam fikiran mereka? Bagaimana mereka mengatur kehidupan? Bagaimana pula mereka mengatasi masalah harian? Adakah kejayaan itu hanya milik mereka yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja? Bagaimana ada pelajar yang dapat belajar dan mendapat 17A1 dalam peperiksaannya?

Semua persoalan ini terjawab apabila mencapai kecemerlangan keputusan peperiksaan SPM nanti. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam pelajaran, ada beberapa panduan yang boleh diadaptasikan dan seterusnya dipraktik secara berterusan. Para pelajar sebenarnya perlu menanam di dalam diri iaitu niat mencapai kecemerlangan dan nah! Ayuh mengejarnya. Antaranya ialah:

MATLAMAT ATAU SASARAN
Pelajar berjaya mempunyai matlamat dan sasaran yang jelas. Meletakkan tujuan kenapa perlu belajar dan mengejar berapa “A” yang mereka mahukan. Perlu jelas untuk mengambil jurusan apa semasa di univerisiti serta berusaha mencapai kehidupan yang berkerjaya.

PERCAYA
Pelajar cemerlang percaya mereka akan dapat kecemerlangan. Hanya faktor masa sahaja yang dapat membuktikan semua usahanya. Mereka tidak pernah ragu-ragu dengan kemampuan mereka bagi melakukan apa sahaja dan sanggup berkorban bagi berjaya.Percaya bahawa hanya dengan berusaha sahaja akan dapat mencapai apa sahaja visi dan misi dalam hidup.

TUMPUAN
Pelajar berjaya memberikan tumpuan pada setiap perkara yang mereka lakukan. Mereka juga tahu kepentingan memberi tumpuan dalam kelas dan cara hendak memberikan tumpuan itu.Fokus dan terus fokus itulah adalah intipati kejayaan cemerlang para pelajar.

PERANCANGAN
Mempunyai perancangan belajar yang teratur dan tahu memanfaatkan masa sebaik-baiknya. Mereka juga tahu menilai masa dan cara bagi menghargainya. Mereka mempunyai jadual yang berkesan yang membolehkan mereka memantau kemajuan tahap penguasaan pelajaran mereka. Jadual secara sistematik akan membolehkan mereka mengikut sahaja masa untuk subjek tertentu. Ini sudah tentu akan melancarkan masa mereka dengan cara bijak lagi berkesan.

STRATEGI BELAJAR
Rahsia kejayaan mereka juga diukur dengan mempunyai strategi belajar yang berkesan serta teknik belajar yang mantap.Mereka mengamalkan pelbagai teknik belajar seperti teknik mengingat dan teknik mengambil nota serta belajar secara berkumpulan. Tidak hairan lah bila secara berkumpulan segala idea dapat dikongsi bersama. Ini secara langsung meransang pemikiran mereka lebih menjadi lebih proaktif berbanding belajar berseorangan.

MENJAGA MASA
Tidak membazir masa begitu sahaja. Mereka mempunyai jadual harian dan jadual belajar. Jadual Harian ialah jadual yang digunakan bagi merancang aktiviti seperti sekolah, tuisyen, ulang kaji, riadah, rehat, tidur, berkawan dan sebagainya. Jadual belajar pula ialah jadual yang digunakan bagi merancang pembelajaran anda.

PERGAULAN
Pergaulan bersama dengan semua orang tidak mengira lapisan masyarakat. Para pelajar perlu tahu memilih kawan semasa pergaulan . Ini kerana kawan yang baik akan dapat membantu kita terutamanya di dalam pembelajaran khasnya. Perkongsian maklumat dan idea akan senang diadaptasikan.

PEMANTAUAN
Kemestian para pelajar sentiasa memantau prestasi akademik mereka dan membuat postmortem bagi memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Mereka juga tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali ada perkara yang kurang jelas ataupun tidak difahami. Mereka menyelesaikan setiap masalah, persoalan dan perkara yang tidak difahami itu dengan serta merta.

HUBUNGAN BAIK DENGAN GURU
Membuat perhubungan yang baik dengan para guru adalah rahsia paling besar kejayaan. Ini berkait rapat dengan ilmu yang dicurahkan menjadi berkat kepada para pelajar. Tidak segan untuk bertemu guru bertanyakan segala persoalan atau permasalahan di dalam soal menjawab dan sebagainya. Namun begitu, mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada guru. Mereka tahu apa yang patut dilakukan bagi meningkatkan sendiri penguasaan mereka dalam sesuatu subjek. Inilah resipi yang berkesan kerana impaknya sangat besar.

KONSISTEN ATAU ISTIQAMAH
Sikap berterusan dan istiqamah di dalam belajar adalah satu kemestian. Perasaan rajin dan malasnya naik turun umpama roda.Sebaliknya, pelajar berjaya adalah mereka yang konsisten atau istiqamah dalam belajar.Buat sedikit tetapi berterusan.Mereka meletakkan sasaran tertentu. Misalnya mahu menghabiskan 10 muka surat setiap hari ataupun menjawab 50 soalan setiap hari. Istiqamah membentuk tabiat dan tabiat pula membentuk peribadi. Apabila ini menjadi kebiasaan sudah tentu hasilnya membuahkan kejayaan.

SANGGUP BERKORBAN
Remaja mana tidak sukakan hiburan dan keseronokan.Tetapi pelajar cemerlang mengekang perasaan mereka daripada berhibur dan berseronok secara melampau sehingga menjejaskan pelajaran. Mereka sanggup berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan perasaan. Mereka belajar lebih lama berbanding pelajar lain, lebih gigih, bersungguh-sungguh, sanggup membelanjakan wang yang banyak bagi tuisyen dan membeli buku-buku tambahan serta tidak terlibat dengan cinta monyet yang melalaikan.

AGAMA NOMBOR SATU
Bagi pelajar beragama mereka faham hakikat hidup ini sebagai suatu ibadah.Mereka juga sedar kepentingannya meminta guru menghalalkan setiap ilmu serta memohon restu guru dan ibu bapa supaya pelajaran yang diperoleh itu mendapat keberkatan.Mereka juga menitikberatkan ibadah harian dan sentiasa berdoa supaya hidup mereka berada dalam rahmat Tuhan. Dengan menjadi insan yang beragama sahajalah segala keinginan dan kemahuan senang dikecapi. Dengan agama jugalah nanti akan menentukan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran. Semuanya adalah dari kurniaanNya.

Baiklah. Akan tetapi tidak akan lengkap sekiranya para pelajar belajar secara tangkap muat sahaja kan. Apa yang perlu dan asas adalah menpunyai jadual belajar secara teratur. Mana mana atau kerja segala pun tentu mempunyai jadual masing masing. Di sini, soal jadual pembelajaran yang kita kupas dalam episod artikel kali ini.

Di bawah ini, dilampirkan satu contoh jadual yang kreatif, mudah dan berkesan. Para pelajar disarankan untuk mengubah suai dengan keperluan masing masing. Tetapi apa yang ditunjukkan adalah sebahagian pra jadual yang amat mudah untuk diamalkan.

• 05.15 pagi Bangun pagi, gosok gigi, mandi dan berwuduk dan aktiviti mentelaah
• 06.00 Solat Subuh, membaca Al-Quran07.00
• 07.45 Bersiap diri untuk ke sekolah dan bersarapan
• 02.00 petang Di sekolah memberikan penumpuan kepada proses pengajaran dan embelajaran
• 02.30 – 03.00 Solat Zohor dan berehat
• 03.00 – 04.30 Ulangkaji / Kelas Tambahan / Baca Al-Quran / Buat aktiviti sukan dan kesihatan diri.
• 04.45 Solat Asar dan berehat
• 07.30 malam Solat Maghrib dan membaca Al-Quran / Makan malam
• 08.30 – 09.00 Solat Isyak/ Solat Sunat Hajat/ Baca surah Al- Mulk
• 09.00 – 10.50 Ulangkaji pelajaran / Persediaan untuk pengajian hari esok
• 10.50 Mengambil bekalan minda [roti+susu / jus tok guru/ jus kurmamadu
• 11.00 Tidur [ perlu cukup tidur untuk bertenaga keesokannya] • 3.00 pagi Masa yang sesuai untuk menghafal dan mengulangkaji

Sebagai penambah resipi kejayaan, pada waktu pagi adalah satu masa yang amat sesuai untuk menghafal dan mengulankaji. Ini kerana otak kita berasa segar dan sedia menerima apa sahaja.

Belajar secara berjadual juga perlu difikirkan beberapa faktor. Tidak semua para pelajar berkemampuan untuk membuat jadual sendiri dan mengikutnya tanpa gagal. Di sini, ada dinyatakan beberapa panduan membuat jadual seharian. Antaranya :
• Kemampuan para pelajar. Perlu mengkaji segala kelemahan , pencapaian di dalam peperiksaan bulan atau awal tahun. Dari situ ,buatlah MATLAMAT SENDIRI.
• Menumpukan subjek yang lemah di dalam membuat perjadualan belajar.
• Memberikan perhatian kepada subjek TERAS seperti BM, BI, Matematik dan Sains.
• Rehat yang secukupnya selepas sekolah serta solat
• Waktu petang antara 2.45 hingga 5.00 petang, membuat kerja sekolah . Jika tiada
bolehlah mengulangkaji matematik dan fizik. Tip untuk subjek pengiraan, perlu dibuat pada waktu petang supaya tidak mengantuk.
• Sebelah malam, ulangkaji dan latihan menjawab soalan seperti BM, GEO, Sejarah ,Agama dan sebagainya
• WAKTU BERMAIN adalah 45 minit atau sejam seperti jam 6.00 petang ke atas
• Selepas solat bagi yang beragama islam, bacalah suran Yassin atau Al Waqiah . Memohon pada Allah untuk skor A
• Selepas solat isyak, mula lah belajar hingga jam 11.30 malam. ATAU PUN tidur awal dan bangun seawal pagi jam 4.30 pagi untuk mengulangkaji. Ini adalah sebahagian panduan membuat jadual . Dan dengan itu, boleh lah mengubahsuai dan membuat secara lengkap mengikut hari dan subjek. Adalah amat penting menjaga dari segi pemakanan , rehat dan azam yang kuat untuk mencapai kejayaan cemerlang SPM nanti.

Paling terakhir sekali, dilampirkan satu carta atau panduan bagi para pelajar untuk mengetahui secara ringkas bagaimana otak kita berfungsi mengikut waktu yang sesuai. Dengan pengerangan ini berharap dapat membantu para pelajar sekurang – kurangnya membiasakan diri belajar pada waktu yang tepat dan betul berbanding sebelum ini……..semoga berjaya!.

18
Aug

5 THINGS YOU SHOULD KNOW IF YOU ARE A SPM STUDENT

a1

What you guys think about the coming SPM examination?

Many of you are still feeling unprepared and nervous about it. We think you know why? Because you have not started your SPM revisions, Right? Well we hope you will be fully prepared before facing the exams which will begin in November. Meanwhile here are five major thoughts that you can relate with if you’re sitting for SPM this year.

a2

1) Don’t think about studying later !

“Still got time lah! Lets study later”

We hear this often from our friends or most of the time our inner selves.

Did you know that in average there will be more than 15 chapters in a subject and if a student is sitting for 9 subjects, he will have to complete about 135 chapters before he sits for SPM!!!. Well, did we just make you feel better? LOL

Start early, Start Now. It is always the best advice you can get when it comes to revising for SPM and also remember to study smart not hard during the days nearing exams.

a3

2) Don’t totally stay away from social media

We are not suggesting wasting hours on your social media profiles but just spend some of your time socializing online. It helps you to relax and reduce stress. At the same time it gets you connected with the latest info going around and it might be useful for your exam such as exam tips and online notes 😉

a4

3) Always ensure healthy competition with friends

It is good to have healthy competition among your friends however it is better to help each other study. Helping a friend on a subject, updating lessons taught in class and sharing important study tips are ideal ways to show good friendship. Like the saying goes,

do good things in life and life will do good things to you.

a5

4) Don’t think it is super easy to go into a college after SPM. We mean Good colleges 🙂

For those who think it is easy to enroll in any universities after SPM, please….Think again! The fees in certain private colleges are extravagant and continuous to increase every year. Getting good results helps you to secure a scholarship or a reduction in fees. Without proper results, you will face a hard time as you will have to spend more. On top of that, tertiary education is not easy and without proper SPM background, you will face a tough time in university/ college.

a6

5) Don’t try to do your own analysis for SPM

Students often try to make their own guesses and analysis to predict the exam questions. This is good however it is advisable to take pointers and discuss with your teachers as they have vast experience in the education field. It is better to obtain reliable examination tips to help you narrow down your study topics and save time.

Finally, a Secret Formula for success in SPM =

Complete your Revision + Master Answering Techniques + Get Predictions for better focus + Have Confidents to Score + Always have Positive Attitude towards life = PASTI SKOR!

07
Jul

Jadual Peperiksaan SPM 2018

spmdates

Sila dapatkan jadual peperiksaan yang sebenar melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia. Buat masa sekarang anda boleh “download” jadual draf melalui link ini: JADUAL SPM 2018

“Like” page kami di facebook untuk mendapatkan “updates” mengenai tips peperiksaan SPM terbaik di Malaysia.

Sila ke muka hadapan laman web kami untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

06
Aug

Exam Talk

comingsoonexamtalk

In this section experts will share their views on exam related news, tips and tricks to score, exam preparation guidelines and many other important matters regarding the coming examination. Stay connected with us. Like us on facebook to get every updates. Thank you