28
Jun

Soalan Percubaan SPM 2022

Apabila anak- anak kita melangkah ke tingkatan lima, apa yang terbayang dan sepantas kilat terlintas di fikiran ibu bapa ialah peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia [SPM] ….seram juga bila memikirkan hal ini.Apatah lagi zaman milinenium …semuanya berubah secara total.

Tidak seperti kita ibu bapa yang mengambil peperiksaan SPM zaman 80’an dan 90’an . Segala fakta subjek perlu dihafal dan tiba masanya tulis sahaja jawapanya di atas kertas jawapan. Habis cerita.

Akan tetapi….ini zaman 2021 segalanya perlukan pemikiran kritis dan teknikal yang betul . Salah pencaturan salahlah segalanya. Perlu ada teknik menjawab secara kritikal dan kritis Pemikiran yang memerlukan calon pelajar belajar segala teknikal menjawab dengan skema jawapan yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan sekarang.

Bunyi agak kejam bukan???? Tapi itulah hakikat sekarang. Para pelajar didedahkan dengan soalan yang mencabar minda sejak secara peringkat sekolah rendah sekali sehinggalah ke tahap atas iaitu peperiksaan SPM pada peringkat menengah. Itu tidak lagi di peringkat universiti yang memerlukan tesis dengan segala hujahan yang tajam bernas dari minda pelajar itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, pada artikel kali ini akan didedahkan beberapa contoh Koleksi Soalan Percubaan SPM 2017/ 2018. Pada kali ini, apa yang penting adalah para pelajar akan mengetahui segala teknik menjawab soalan SPM dengan lebih sempurna.

Dalam erti kata lain, para pelajar secara keseluruhannya akan dapat ilmu atau teknik yang betul bagaimana menjawab satu satu soalan itu dengan skema jawapannya sekali. Skema soalan akan kita kupas selepas ini. Sebagai contohnya, soalan Bahasa Melayu berbentuk subjektif. Kita ambil contoh karangan umum. Apa yang didedahkan ialah para pelajar boleh memberikan beberapa jawapan yang betul secara logik secara pengetahuan am atau jawapan yang diterima akal. Tiada istilah salah jawapan yang diberikan cuma permarkahan itu berbeza mengikut jawapan yang diberikan.

Baik. Dalam edisi kali ini juga, para pelajar akan belajar memahami format peperiksaan secara keseluruhannya. Pada setengah pelajar akan mengalami sedikit kekeliruan di dalam menjawab sesuatu soalan dan di situlah masalah akan timbul. Pelajar masih lagi tidak memberikan jawapan yang tidak menetapi skema jawapan yang diperlukan untuk permarkahan penuh. Bersama ini nanti pada akhir artikel ,para pelajar akan diberikan beberapa lawan sesawang yang boleh membantu mereka secara pratikal untuk membantu lebih memahami struktur soalan. Dan selebihnya akan membantu para pelajar membiasakan diri menjawab sesuatu soalan itu dengan berkesan.

Apabila para pelajar sudah mengetahui semua jenis soalan yang bakal dihadapi, skema permarkahan perlu ada. Ini supaya mereka tahu akan jenis jawapan yang memberikan markah penuh atau sebaliknya. Semua ini akan diberikan pada penghujung perbincangan ini.

Untuk lebih memahami dan memberikan impak maksima para pelajar, beberapa laman sesawang disyorkan untuk mendalami sendiri dan mencuba menjawab soalan secara praktikal. Antara yang boleh
dilayari adalah :
1. Selain daripada itu, blog Bumi Gemilang adalah salah satu gerbang sesawang yang banyak membantu dari segi teknik menjawab soalan. Mereka boleh melayari juga
Koleksi Soalan Percubaan 2017
2. Begitu juga soalan dan skema boleh didapati di laman sesawang
Bank Soalan/
Walaupun edisi kali memaparkan hanya dua laman web, para pelajar boleh melayari mana mana laman web kegemaran mereka sendiri. Cuma pada kali, hanya dua sahaja yang disyorkan kerana sudah memadai untuk memahami teknik menjawab Koleksi Soalan Percubaan SPM 2017/2018 ini. Setiap satu laman sesawang ini akan memberikan contoh -contoh soalan untuk setiap subjek peperiksaan SPM itu sendiri.
Sebagai contoh yang mudah, laman sesawang BumiGemilang.com sendiri ada menyediakan beberapa contoh
soalan percubaan Bahasa Melayu dan Bahasa Ingerris seluruh negeri di Malaysia. Antaranya ialah seperti
berikut:
Koleksi Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Kelantan – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Terengganu – [Kertas 1 & Kertas 2] Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Pahang – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Kedah – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Johor – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Perlis – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Melayu SPM 2017 Sabah – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2017 Perlis – Klik disini
Bahasa Inggeris SPM 2017 Kelantan – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2017 Johor – Klik disini
Soalan Percubaan Bahasa Inggeris SPM 2017 Kedah – Klik disini
Sumber:Bumi Gemilang

Ini adalah sebahagian koleksi sahaja . Ada lagi beberapa negeri yang mengemukan contoh soalan percubaan masing masing . Apa yang perlu hanyalah calon membuka laman sesawang ini dan boleh mencuba sendiri soalan mengikut negeri yang dikehendaki. Segalanya dihujung jari sahaja….hanya klik!

Akhir sekali, bagi membolehkan para pelajar membuat persediaan yang mencukupi , dipaparkan juga
Jadual Peperiksaan SPM 2018 Rasmi –Klik disini. Di sinilah nanti para pelajar mengetahui jadual peperiksaan sebenar SPM 2018 ini dan secara tak langsung membolehkan mereka membuat jadual pembelajaran yang sewajarnya…bak kata pepatah “Pratice make prefect”



ORDER ONLINE

WHATSAPP NO:016-3929129

ORDER ONLINE

ATAU

ORDER VIA WHATSAPP

WHATSAPP NO:016-3929129

12
Oct

Soalan Bocor SPM

exampapers

Soalan bocor pada pendapat umum merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan awam sebenar yang telah dikeluarkan sebelum peperiksaan yang sebenar dijalankan. Soalan-soalan ini boleh tersebar luas melalui internet, pusat tuisyen atau seminar yang dikendalikan organisasi pendidikan swasta.

Namun, Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim menerangkan definisi soalan bocor oleh Kementerian Pendidikan sebagai seseorang individu yang mempunyai kertas peperiksaan sebenar. Salinan fotostat atau menyalin semula tidak dianggap sebagai soalan bocor.

Perkara ini amat membimbangkan kerana peperiksaan awam melibatkan imej negara dan quality rakyat generasi masa hadapan. Soalan bocor adalah sebab ramai pelajar dan ibu bapa hilang kepercayaan terhadap sistem peperiksaan awam dan memilih siibus luar negara di sekolah-sekolah International seperti Cempaka, Garden dan Sri Surya walaupun terpaksa membayar kos yang begitu tinggi. Trend ini boleh dilihat apabila pendaftaran sekolah swasta melonjak tinggi sejak 10 tahun yang lalu sehingga sekolah-sekolah swasta baru ditubuhkan seperti ”cendawan keluar selepas hujan”.
Perkara yang paling membimbangkan adalah pelajar yang lemah mendapat markah cemerlang tanpa sebarang usaha dalam pembelajaran. Bayangkan bahawa pelajar-pelajar inilah yang menjadi Jurutera membina bangunan atau Doktor yang merawat kita atau orang tersayang…..adakah anda rasa selamat?Yang menyedihkan lagi ialah pelajar yang gigih mengulangkaji tidak mendapat peluang untuk berjaya. Keadaan ini akan mencetuskan pelbagai keadaan yang tidak diingini dan menjejaskan masa depan dan imej negara.

Baru-baru ini, insiden soalan bocor UPSR 2014 sehingga 3 subjek terpaksa di ulang mengejutkan rakyat dan menaik kemarahan ramai ibu bapa namun langkah kerajaan dalam mengambil tindakan mengulang semula kertas peperiksaan harus di sanjung kerana langkah ini menunjukkan betapa seriusnya kerajaan terhadap sistem peperiksaan. Walaupun, pihak yang terlibat telah ditahan, kos berjuta ringgit yang terlibat dalam penyediaan,penghantaran serta pengedalian peperiksaan UPSR terpaksa dibelanjakan. Untuk mengelakkan perkara ini daripada diulangi, kita harus memahami bagaimana kertas peperiksaan awam disediakan.

Seperti sedia maklum, Lembaga Peperiksaan Malaysia bertanggungjawab menyediakan soalan peperiksaan peringkat umum. Lembaga ini akan memilih Unit Penggubal Soalan yang terdiri daripada Guru Cemerlang atau Guru Senior. Soalan yang disediakan mengikut jadual spesifikasi ujian. Aras soalan dipilih berdasarkan taksonomi bloom yang ditetapkan.Proses ini mengambil berbulan lamanya dan kemudian dihantar untuk percetakkan sama ada di dalam atau di luar negara sebelum di bungkus rapi dan dihantar ke biik kebal.

Persoalan utama…di aras mana berlakunya kegiatan haram membocorkan soalan? Mengikut perkembangan berita baru-baru ini berkaitan dengan isu soalan UPSR bocor, 4 guru dalam lingkungan usia 30 ke 54 tahun ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang membuat tangkapan menjelaskan bahawa pihaknya sedang mengumpul keterangan untuk mengenal pasti dalang di sebalik kejadian ini.

Selepas beberapa hari, polis mengambil keterangan daripada 10 orang yang terdiri daripada enam pegawai Lembaga Peperiksaan, 3 guru dan seorang wartawan. Pada hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na’imah dan Timbalan Pengarah Operasi Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.
Berdasarkan kejadian soalan bocor UPSR, kita boleh merumuskan daripada pucuk sehingga ke akar umbi terlibat dalam membocorkan soalan. Langkah kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa Bebas supaya Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian Lembaga Peperiksaan memahami cara-cara penyediaan soalan peperiksaan dan pengedaran kertas soalan sebelum memutuskan sebarang kelemahan dan mengemukakan sebarang cadangan. Pengerusi jawatankuasa bebas tersebut Tun Zaki Tun Azmi berkata jawatankuasa berkenaan bercadang melawat sekolah atau tempat mencetak kertas soalan bagi menjejaki bagaimana kertas soalan diedarkan kepada calon selain berjumpa dengan guru-guru.

Tindakan kerajaan yang menangani masalah ini dengan tegas harus dipuji kerana perkara ini bukan masalah yang kecil tetapi melibatkan sistem pendidikan negara yang menjadi tulang belakang pembangunan negara. Ibu bapa perlu di beri keyakinan bahawa sistem peperiksaan adalah adil dan teguh. Soalan Peperiksaan Awam harus bebas daripada sebarang masalah bocor untuk memastikan generasi akan datang mendapat peluang yang adil dan terus menyokong sistem pendidikan negara.



ORDER ONLINE

WHATSAPP NO:016-3929129

ORDER ONLINE

ATAU

ORDER VIA WHATSAPP

WHATSAPP NO:016-3929129